Masitah Abd. AzizMasitah Abd. Aziz (Johan Guru Inovatif Prasekolah Peringkat Kebangsaan 2004) mempunyai pengalaman yang luas sebagai seorang guru sebelum melibatkan diri dalam pengajaran prasekolah pada pertengahan tahun 1992. Beliau aktif dalam pembinaan bahan inovatif dengan BTP (Bahagian TV Pendidikan) dan terlibat secara langsung dalam penulisan Buku Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dan Panduan Guru Prasekolah.

Beliau telah dilantik sebagai Jurulatih Utama Prasekolah Negeri Perak oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dan sering menyampaikan ceramah berhubung Kurikulum Prasekolah Kebangsaan kepadaseluruh guru besar, guru kanan dan guru Prasekolah Negeri Perak, Tadika KEMAS dan Tadika Swasta. Beliau juga sering dijemput sebagai penceramah kepada guru-guru Prasekolah Negeri Selangor, Melaka, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Labuan.

MASMI adalah singkatan kepada Menguasai Abjad Senang Mudah Ingat. MASMI merupakan kaedah baru yang unik untuk mengenal abjad dalam masa yang singkat. Proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan serentak, iaitu proses mengenal, menyebut dan menulis dijalankan pada masa yang sama.

MASMI melibatkan kemahiran dalam komponen Bahasa dan Komunikasi (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) yang merangkumi Kemahiran Mendengar, Kemahiran Bertutur, Kemahiran Membaca dan Kemahiran Menulis.

Lihat video mengenai kaedah MASMI dari EDUWEBTV;


Sebelum menggunakan kaedah MASMI, saya menghadapi masalah dalam memperkenalkan abjad kepada murid-murid kerana mereka menghafal abjad dan menulis dengan cara yang salah walaupun bentuknya sama. Namun setelah menggunakan kaedah ini, ia telah banyak membantu murid-murid saya menguasai abjad dengan berkesan.

HALIDAH LAILI SHAARANI
Jurulatih Utama Prasekolah
Daerah Kinta
Program MASMI sangat berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Saya telah mengaplikasikan program ini sejak tahun 2000 dan kurid-kurid saya bukan hanya kenal dan menulis huruf dengan baik tetapi dapat menguasai kemahiran membaca dengan mudah dan cepat. Syabas dan tahniah kepada MASMI

NORADILAH HJ. NAIN
Jurulatih Utama Prasekolah
Daerah Kerian
Program MASMI sangat berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran prasekolah. Ianya dapat membantu murid dan menguasai kemahiran mengenal dan menulis huruf dengan cepat. Terima Kasih MASMI.

NORKHAMIDAH MOHD. BANDI
Jurulatih Utama Prasekolah
Daerah Hilir Perak

SMS ke Pn. Masitah jika anda berminat ; +6013-581-3310